Tuesday, December 21, 2021

Lawatan Sekolah APSSNT 2021

Terima kasih atas lawatan penanda PSS oleh sekolah² yang akan mewakili negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaaan 2022 - SK Jenang, SK Simpang Rawai dan SMK Binjai ke PSS Al Hidayah SK Batu 48, Dungun yang masih dalam debaran menunggu keputusan APSSK 2021. Inilah keistimewaan persiapan PSS negeri Terengganu.. yang sentiasa bersedia lebih awal dalam perjuangan APSSK. Marilah sama sama kita mendoakan kejayaan yang cemerlang bagi Terengganu dalam APSSK 2021 (SK Batu 48 dan SMK Batu Rakit) dan kita doakan juga buat PSS yang sedang bersiap sedia untuk APSSK 2022 (SK Jenang, SK Simpang Rawai dan SMK Binjai).. semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam meniti tahun 2022 nanti.

 #indahnyabilailmumengalir






Friday, December 10, 2021

Pemyampaian Sijil Ko Akademik B. Melayu

 Alhamdulillah 🌹❤️🌹

Penyampaian Sijil untuk peserta Ko Akademik (BM) yang mewakili sekolah ke peringkat daerah dan negeri. Tahniah kepada Unit KoKo, Panitia Bahasa Melayu SKBEL & semua yang berjaya. Anda memang 👍👍👍

#SKBELhebat

#elitdanberwatak










Monday, December 6, 2021

LAWATAN PENANDA ARAS MGB DUNGUN

5 Disember 2021 || Ahad, 9.00 pagi

PSS Al Hidayah, SK Batu 48 telah menerima kunjungan Penanda Aras dan Perkongsian Ilmu oleh Majlis Guru Besar daerah Dungun yang diketuai oleh, YDP MGB Cikgu M Rosdey bin Othman. 

Sesi pertukaran idea dan pendapat juga telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Al Hidayah, SKBEL. 

Pihak sekolah merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian MGB Dungun hadir ke SKBEL hari ini.

#SKBELhebat 

#elitdanberwatak





Saturday, December 4, 2021

HEBATNYA GURU...

Pelaksanaan saringan bergilir COVID 19 untuk murid Sekolah Rendah telah berjaya dilaksanakan pada hari ini.

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SKBEL yang diketuai oleh Cikgu Roszita Binti Othman (PK HEM) bersama guru bertugas mingguan melaksanakan prosedur saringan dengan memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Hebatnya cikgu...serba boleh, jadi misipun boleh. Terima kasih cikgu!!









#SKBELhebat 

#elitdanberwatak 

#kitajagakita

Thursday, December 2, 2021

Program Pinjaman Buku secara Berkelompok

 Alhamdulillah❤️❤️

Pinjaman Berkelompok jalinan bersama antara SK Batu 48 dan Perpustakaan Awam Daerah Dungun pada 1 Disember 2021

Pinjaman berkelompok dengan Perpustakaan Awam Dungun tetap diteruskan untuk menjayakan aktiviti NILAM di SKBEL yang mana banyak 200 naskah buku dipinjam setiap kali….

Sesuai untuk aktiviti NILAM sekolah dan untuk menambah bahan bacaan untuk murid-murid SKBEL ❤️

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca

#SKBELhebat 

#elitdanberwatak



Lawatan Sekolah APSSNT 2021

Terima kasih atas lawatan penanda PSS oleh sekolah² yang akan mewakili negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaaan 202...